dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Cyber Hygiene Bulan Kesedaran Keselamatan Peranti & Rangkaian

19 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar Cyber Hygiene yang membincangkan topik Bulan Keselamatan Peranti dan Rangkaian yang menekankan amalan terbaik bagi melindungi data peribadi serta mengurangkan risiko ancaman siber.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, kemas kini perisian secara berkala, perlindungan peranti daripada ancaman siber serta kepentingan menggunakan rangkaian internet dengan lebih selamat. Perkongsian turut memberi pengetahuan tentang risiko yang boleh berlaku sekiranya aspek keselamatan digital tidak diberi perhatian.

Melalui webinar ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga keselamatan siber dan mengamalkan budaya penggunaan teknologi yang lebih selamat. Program ini diharapkan dapat membantu komuniti menjadi lebih peka terhadap ancaman digital serta mengamalkan amalan Cyber Hygiene dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.